Jumaat, 12 April 2013


RESEPI IKAN MASIN MASAK LADA PUTIH
Original by : bibielifestory.blogspot.com


Resepi 'mama tersayang', i tell u..memang nice menjilat jari..waweee


Bahan-bahan Utama Resepi :

1. 2 ekor ikan masin dipotong hiris (goreng dahulu)
2. 20 biji lada putih dipotong belah atau dihiris
3. 5 helai daun bawang dipotong panjang 2 inci
4. 2 ulas bawang merah ditumbuk
5. 4 ulas bawang putih ditumbuk
6. 1 inci halia ditumbuk
7. 1 cawan kecil air asam jawa (sedikit pekat)

Cara Masakan :

1. Masukan 1 cawan kecil minyak masak ke kuali.
2. Tumis haliah, bawang merah & bawang putih.
3. Masukan hirisan lada putih & daun bawang.
4. Masukan ikan masin yang telah siap digoreng tadi.
5. Gaul sehingga sebati, masukan air asam jawa.
6. Masukan 1/2 sudu kecil gula & ajinomoto.
7. Gaul dan hidangkan menu ini dengan nasi kosong.

Tips Masakan :

Ikan masin memang rasanya masin sedia, jadi tidak perlu gunakan garam dalam resepi ni. Gula pula digunakan untuk menaikkan rasa lemak manis dalam masakan.

Sekiranya air asam jawa terlalu pekat dalam masakan ini, sila masukan sedikit air untuk sebatikan masakan mengikut selera anda.

Selamat memasak & harap kalian enjoyed dengan resepi ini.. :)


Post By : bibielifestory.blogspot.com

Khamis, 11 April 2013

RESEPI IKAN BASUNG MASAK KUNYIT (ampap)
Original by : bibielifestory.blogspot.com


Kali ni aku nak berkongsi resepi dari suku kaum Dusun, Negeri Sabah.

Resepi ikan basung masak ampap..
Ataupun lebih dikenali sebagai ikan selayang masak kunyit kering diturunkan oleh the only one 'mama tersayang'. Ringkas dan sangat muda..

Jom kita memasak..





Bahan-bahan Utama Resepi :

1. Setengah kilo ikan basung (bersihkan dengan air asam jawa)
2. 1/3 pek Asam jawa (buang biji untuk mudahkan sesi hidangan)
3. 1/3 cawan kecil minyak makan
4. 2 sudu sebuk kunyit
5. 2 cawan besar air

Bahan-bahan Kisaran / Ditumbuk Lesung :

1. Kunyit (ikut citarasa anda, banyak lebih baik)
2. Halia (ikut citarasa anda)
3. 2 batang Serai
4. 4 ulas bawang putih
5. 4 ulas bawang merah

Cara-cara Memasak :

Masukan ikan basung, asam jawa, minyak masak, sebuk kunyit & secawan air ke dalam  belangga, lumurkan senhingga sebati di-ikuti dengan garam, gula & ajinomoto secukup rasa anda.

Selepas itu, masukan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Lumurkan sehingga sebati (bahan akan menjadi pekat), masukan air secawan lebihan tadi..sebatikan. Hidupkan api mula memasak dengan api yang sederhana..tutup belangga tersebut.

Selepas air masakan mendidih, warna ikan kekuningan pekat..biarkan air masakan mendidih sehingga tinggal sedikit..tutup api & hidangkan menu semasa masih panas. Menu ini sesuai dihidangkan dengan nasi kosong.

Tips Masakan :

Resepi ini mampu bertahan berkeadaan elok sehingga 3 hari. Hidangkan menu ini di atas daun pisang untuk menyedapkan & mengharumkan rasa ikan basung tersebut.

SELAMAT MENJAMU SELERA...

Post By : bibielifestory.blogspot.com

Rabu, 10 April 2013

My Sweet Memories of Mengayau

Memories of Simpang Mengayau
Tip of Borneo
with my beloved friends Hasdayana, Hasdayanti, Glenda & Khadijah
Original by : bibielifestory.blogspot.com


Memories ku untuk tatapan anda, sememangnya permandangan disana yang cukup natural cantik, mengoda memukau mata hati. Buat sahabat-sahabatku yang terlibat dengan 'plan last minute' trip ke Simpang Mengayau, Blog ini ku-coretkan khas buat anda sebagai kenangan antara yang terindah dalam life story ku. Seandainya ada tersilap bicara, ku-kira maaf sudi terima..cewaaah..gitu.

Ceritanya Bermula...

Se-awal pagi (maaflaa lupa date pula, hujung tahun 2009 dalam cuti bulan december), bertolak dari Sandakan City. Terasa perjalanan semacam ada yang tak kena, maklum  saja bangun awal dan perut pun kosong minta di-isi..Nasib baikla sempat juga merembat makanan di tepi jalan..tapau la jawabnya. Kebetulan pula bestfriendforever Danny Kasmin Sait tumpang sekaki konon-kononya nak release tension bercuti di Kota Kinabalu dengan scandalnya. So ada jugala peneman kami Yana, Yanti & aku Bibimisah. Nak pendekkan cerita, selepas 5 jam perjalanan sampaila kami di K-K City. Hehehe..sangat berterima kasih dengan Danny atas sumbangan lagu hanggit sepanjang perjalanan ya..hanggittt.

Antara Tatapan Anda...


Gambar ini di ambil dalam sekitar jam 6.30 petang, aduihai inilah 'sunset' yang terindah dalam memori hidupku. Masa ni, semua pengunjung bagaikan terpukau 'silent mood' melihat matahari terbenam secara live.

TQ ya dalink-dalinku sebab me invited also dalam trip 'last minute'..memang berbaloi.
Waaa..we flying without wing's ooo, masa ni baru sampai sekitar jam 5 petang gitu.

I tell u, very exciting sampai mo terbang rasanya hahahaha..i miss this part.
 

Ini pula dia hasil kerja tangan photographer kami yang ala-ala Yuna gitu..siapa lagi kalau bukan Khadijah Dijah.
 
Manis ja senyuman nya..bagus2 kerja kat Jabatan Perikanan ya. Ooopss bocor pula, sengaja ba pula hee..


Nice pose twin, ngam2 pula sama-sama menoleh time ni.


Pose macam kanak-kanak riang pula dorang Glen & Yana..ahaakss

           

















  Seakan seperti di Cape Town mmm lalalala...












Gaya sang pencinta alam, Glenda Pang..
Apa yang direnungkan memang tidak dapat diluahkan.

Glen, tatap menang laa 'Candid' ba heee..
terpesona ka tu chewaaa..




Inilah kembar Twin Yanti & Yana..Dengan gaya bebas pose bersahaja tapi maut, bersyukur sangat dapat sahabat macam dorang ni, first time datang sandakan sebab nak kerja, fews month kenal dorang ternyata aku adalah golongan yang bertuah.

TQ sebab kamu sentiasa ada semasa aku susah dan senang (tapi yang masa aku senang tu jarang ba pula kita sama2 kan yot n non hehehe), anywhere..kamu always dalam hati saya.

Pose yang ini aku paling suka, macam dalam studio pula hehe..thanks non for giving me this picture, unique pula after editing.


























Dengan berat hati kami melangkah tinggalkan persimpangan simpang Mengayau.

kalau ada jodoh, rezeki & umur panjang, dengan izin tuhan, kami akan ke-simpang ini lagi..Amin.

Story seterusnya..dalam bibielifestory.blogspot.com (coming soon)
 
Post By : bibielifestory.blogspot.com