Original by : bibielifestory.blogspot.com

Kali ni aku nak berkongsi resepi dari suku kaum Dusun, Negeri Sabah.
Resepi ikan basung masak ampap..
Ataupun lebih dikenali sebagai ikan selayang masak kunyit kering diturunkan oleh the only one 'mama tersayang'. Ringkas dan sangat muda..
Ataupun lebih dikenali sebagai ikan selayang masak kunyit kering diturunkan oleh the only one 'mama tersayang'. Ringkas dan sangat muda..
Jom kita memasak..
Bahan-bahan Utama Resepi :
1. Setengah kilo ikan basung (bersihkan dengan air asam jawa)
2. 1/3 pek Asam jawa (buang biji untuk mudahkan sesi hidangan)
3. 1/3 cawan kecil minyak makan
4. 2 sudu sebuk kunyit
5. 2 cawan besar air
Bahan-bahan Kisaran / Ditumbuk Lesung :
1. Kunyit (ikut citarasa anda, banyak lebih baik)
2. Halia (ikut citarasa anda)
3. 2 batang Serai
4. 4 ulas bawang putih
5. 4 ulas bawang merah
Cara-cara Memasak :
Masukan ikan basung, asam jawa, minyak masak, sebuk kunyit & secawan air ke dalam belangga, lumurkan senhingga sebati di-ikuti dengan garam, gula & ajinomoto secukup rasa anda.
Selepas itu, masukan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Lumurkan sehingga sebati (bahan akan menjadi pekat), masukan air secawan lebihan tadi..sebatikan. Hidupkan api mula memasak dengan api yang sederhana..tutup belangga tersebut.
Selepas air masakan mendidih, warna ikan kekuningan pekat..biarkan air masakan mendidih sehingga tinggal sedikit..tutup api & hidangkan menu semasa masih panas. Menu ini sesuai dihidangkan dengan nasi kosong.
Tips Masakan :
Resepi ini mampu bertahan berkeadaan elok sehingga 3 hari. Hidangkan menu ini di atas daun pisang untuk menyedapkan & mengharumkan rasa ikan basung tersebut.
SELAMAT MENJAMU SELERA...
Post By : bibielifestory.blogspot.com
Post By : bibielifestory.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan